Konferensi Meja Bundar

Konferensi Meja Bundar (Belanda: Nederlands-Indonesische rondetafelconferentie van 1949, "Persidangan Meja Bulat Indonesia-Belanda 1949") ialah mesyuarat antara perwakilan Kerajaan Belanda dan Republik Indonesia, dari 23 Ogos hingga 2 November 1949. Persidangan tersebut telah diadakan di Den Haag, Belanda. Sebelum itu, terdapat beberapa siri mesyuarat antara perwakilan tertinggi kedua-dua belah pihak, iaitu Perjanjian Linggadjati (1947), Perjanjian Renville (1948) dan Perjanjian Roem–van Roijen (1949). Persidangan ini berakhir dengan suatu kata putus di mana Kerajaan Belanda mengiktiraf kemerdekaan penuh Indonesia serta juga menyerahkan hak kedaulatan yang terangkum dalam "Kepulauan Hindia Timur Belanda" kepada Republik Indonesia Serikat.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search